CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 30, 2008

Ringkasan Kutaib


InsyaAllah pada ruangan kali ini saya akan menghuraikan serba ringkas isi-isi penting yang terdapat dalam kutaib kecil bertajuk Suluk At Talibul Muslim (Akhlak Penuntut Islam) karangan Us Wajdi Ghanim.

Penulis menujukan karangan ini khas buat semua penuntut Islam di semua peringkat.
Antara sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang penuntut Islam ialah:

1)Niat ikhlas kerana Allah

Semua pelajar mestilah mengqasadkan niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan untuk berkhidmat untuk Islam tidak kira dibidang mana ia ceburi baik bidang perubatan,agama mahupun kejuruteraan.Sebagai seorang muslim tidak ada yang lebih berharga dari mengabdikan seluruh jiwa raganya untuk Islam yang tercinta.

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 24:

Katakanlah" Jika bapa-bapa kamu ,anak-anak mu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaanmun yang kamu usahakan ,perdagangan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

2)Keinginan untuk cemerlang

Tidak mencukupi bagi seseorang pelajar itu dengan hanya mengulangkaji pelajaran semata-mata tanpa ada keinginan untuk berjaya dengan cemerlang.Ini adalah kerana keinginan untuk cemerlang merupakan motivasi dalaman yang akan mendorong seseorang pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.Penulis menyatakan antara faktor-faktor kecemerlangan ialah menjaga waktu-waktu solat,melazimi perkara-perkara fardhu dan sunat serta menjaga akhlak.Penulis juga menasihatkan kepada semua pelajar agar meletakkan Al-Quran di atas buku-buku yang lain memandangkan kitab suci Al-Quran merupakan kitab yang paling tinggi dan mulia berbanding kitab-kitab yang lain.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 1-2:

Alif lam Mim.Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya

3) Menghormati Guru dan Jadual Belajar

Menghormati guru merupakan adab yang tinggi dalam Islam walaupun guru tersebut bukan beragama Islam.Ini adalah kerana guru merupakan pendidik dan pembimbing ke jalan yang baik.Penulis juga menasihati pelajar-pelajar agar berdisiplin dengan jadual belajar dan jadual waktu kelas atau kuliah.Bukan daripada adab seorang pelajar berdiri di luar kelas kerana lewat hadir ke sekolah atau ke universiti.

4)Menjaga amal ibadat

Penulis menyeru kepada semua pelajar agar menjaga amal ibadat seperti mereka menjaga nyawa mereka.Firman Allah taala yang bermaksud:

Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku

Ibadat ialah taat.Dituntut kepada semua pelajar untuk mentaati Allah dan Rasul serta kedua ibu bapa.

Sebuah hadis menyebut:
Telah datang seorang lelaki berjumpa dengan nabi dan berkata:" Wahai Rasulullah!Adakah kekal hal kebaikan seseorang kepada kedua ibu bapanya selepas kematian kedua ibu bapa tersebut?Rasulullah berkata:"Ya, solat keatas keduanya,istighfar,menunaikan janji mereka selepas kematian mereka,menyambung silaturrahim dan memuliakan sahabat handai mereka" (Sunan Abi Daud 5142,Kitab Adab Bab Berbuat baik kepada ibu bapa)

Rasulullah s.a.w menerangkan tentang cara untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa selepas kematian mereka iaitu:
1)Solat keatas keduanya iaitu solat jenazah
2)Istighfar keatas keduanya
3)Menyambung silaturrahim dengan kaum kerabat mereka
4)Memuliakan sahabt-sahabat mereka
5)Melaksankan janji merekajika mereka mewasiatkan sesuatu yang mengikut syariat Islam



Bersambung......