CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

Apakah dia Qiraat?


Alhamdulillah selepas tidak sampai sebulan saya mengikuti kelas bacaan Al-Quran di Maahad Iqra',saya berjaya menamatkan bacaan Al-Quran 30 juzu' dan diijazahkan sanad bacaan Al-Quran dan mengajar oleh Syeikh Nabil mengikut riwayat Hafsh an Asim al-kuuffi.Syukran jazilan ila Syeikh Ahmad Hasan yang membimbing saya selama ini tak lupa juga buat Syeikh Ahmad Said,Syeikh Said dan Syeikh Sayazili yang sempat membimbing saya selama saya belajar di sana.

Mungkin di Malaysia penduduk akan pelik jika ada qari yang membaca (Waddhuha)dengan dibariskan bawah(Wadduhe).Tetapi di Mesir ini perkara itu biasa sahaja memandangkan ramainya penuntut-penuntut Maahad Qiraat di Shubro dan di Mansurah.Selain itu terdapat ramai Imam-imam akbar yang mempunyai takhassus dalam bidang Qiraat.

Sempat Syeikh Ahmad Said berjenaka dengan saya imta sataqraina bil qiraat warsy? Saya hanya tersenyum.Teringin juga nak belajar qiraat lain.Tetapi memikirkan fulus lagi.Lagipun dah nak terbang dah!Sebak saya mengaminkan doa yang dibaca oleh Syeikh Nabil ketika khatam Al-Quran dengan beliau.Moga-moga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit dengan para pembaca tentang ilmu Qiraat.
Secara ringkasnya makna al-qiraat dari segi bahasa ialah bacaan-bacaan.Mazhab-mazhab bacaan kalimah -kalimah Al-Quran yang dibawa oleh Imam-imam Qiraat yang mana setiap mazhab mempunyai perbezaan terhadap mazhab lain.

Sesungguhnya bacaan Al-Quran adalah berdasarkan riwayat.Maka setiap perawi mempunyai sanad yang sahih dan gurunya atau imamnya hinggalah sampai kepada Rasulullah s.a.w.Adapun imam-imam Qiraat ada 14,akan tetapi cuma 7 Imam sahaja yang pasti kesahihannya.

Setiap imam mempunyai 2 orang perawi.Maka jumlah perawi bagi 7 Imam ada 14.Kesemua bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh 14 orang perawi ini telah disepakati oleh ulama' sebagai mutawatirah.Mereka adalah seperti berikut:



Nafi' perawinya Qaalun dan Warsy
Ibn Kathir perawinya Al-Bazzi dan Qunbul
Abu Amr perawinya Ad-Duuri dan As-Suusi
Aashim perawinya Syu'bah dan Hafsh
Ibn Aamir perawinya Hisham dan Ibn Dzakwaan
Hamzah perawinya Khalaf dan Khallad
Al-Kisaa'ie perawinya Abul Haarith dan Ad-Duuri

Diantara contoh-contoh riwayat bacaan Imam-imam Qiraat yang mempunyai perbezaan:
ملك يوم الدين
Bacaan dengan huruf alif selepas huruf mim adalah bacaan yang diriwayatkan oleh perawi-perawi imam Ashim,dan Imam Al-Kisaaie iaitu Syu'bah,Hafsh,dan Ad-Durri.Manakala perawi-perawi yang selebihnya meriwayatkan bacaan tanpa huruf alif selepas huruf mim daripada Imam-imam mereka.

Para ulama' menetapkan 3 syarat bagi penerimaan satu-satu riwayat bacaan yang sahih iaitu:

1)Riwayat bacaan itu mestilah mempunyai sanad yang mutawaatir
2)Suatu bacaan itu mestilah tidak menyalahi tulisan salah satu mushaf daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani walaupun bersifat kemungkinan.
3)Bacaan itu tidak menyalahi salah satu wajah dari wajah-wajah bahasa Arab

Ketiga-tiga syarat itu mestilah ada pada suatu riwayat bacaan.Apabila tidak ada salah satu daripadanya,maka bacaan itu dikategorikan sebagai bacaan Syaadzah ya'ni ditolak.

Diantara hikmah terdapatnya perbezaan bacaan-bacaan Al-Quran ialah:
* Menjaga Al-Quran daripada perubahan,penambahan atau pengurangan yang dibuat oleh musuh-musuh Islam.
* Memudahkan umat Islam secara amnya bagi memilih mana-mana cara bacaan yang sesuai dengan lidahnya.
* Menjelaskan hukum syara'

Demikianlah serba sedikit pengenalan ilmu Qiraat.Sebagai pengetahuan umum,bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh Hafsh daripada Imamnya Al-Aashim merupakan riwayat bacaan yang paling masyhur di dunia.Terdapat qaul mengatakan 94% penduduk muslim di dunia membaca Al-Quran dengan riwayat Hafsh.

0 comments: