CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 19, 2009

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Bertatih dari suatu masa
Berjalan jatuh bangun semula
Minum dan makan bersuap
Sehingga kau berdiri tegak
Penat dan lelah
Di ketepikannya
Di atas nama kasih insan bersaudara
Bahagia

Sedikit bait lagu yang saya ingat bila mengenangkan mengenangkan susah payah seorang ibu membesarkan anak-anaknya.Mungkin saya sedikit terkesan bila hampir 2 minggu jadi pengasuh tak bertauliah kepada bayi comel Wirdani Uzma anak pasangan Us Mumtaz dan K.Faezah.Hmm...bukan senang nak mengasuh anak.

Tetapi fitrah seorang ibu walaupun pelbagai karenah yang terpaksa dihadapi namun mereka tetap sabar membesar dan mendidik anak-anaknya dengan satu harapan agar anak-anak membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Tanggungjawab ibu bapa amatlah besar dalam mencorak peribadi anak-anak.Mereka yang dilahirkan dalam keadaan suci mestilah di acu dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah dan hasilnya akan membentuk individu yang mukmin dan mukminah.
Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlak akibat daripada kurangnya didikan agama .Benarlah bahawa madrasah yang pertama untuk anak-anak adalah bermula dari rumah.

Proses mendidik anak bukan bermula sebaik mereka melangkah ke alam persekolahan tetapi ia bermula sejak dari dalam kandungan lagi.Sebab itulah ibu dianjurkan membaca surah-surah pilihan semasa mengandung untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.Namun ia kurang dititikberatkan mutakhir ini menyebabkan anak-anak membesar dalam suasana yang kurang elok.

Sepatutnya anak-anak didedahkan dengan tarbiyah islamiyah sejak dari kecil.Dodoikon mereka dengan zikir dan ayat-ayat Al-Quran agar hati mereka dilimpahi nur hidayah dari Allah.Ajarilah mereka doa-doa supaya ia menjadi sebati dalam diri mereka dan mudah untuk mereka mengamalkan ajaran Islam dewasa kelak.Tiupkan roh semangat jhad dalam diri mereka agar mereka menjadi generasi yang akan mempertahankan ajaran Islam yang suci ini.

Rabbana hablana min ajwajina wazurriyatina qurrata a'yun waj'al lil muttaqina imama
Rabbana atina fiddunia hasanah wabil akhirati hasanah waqina azabannar....

Amin!!

P/S: Gmbr bayi diatas saya ciplak gmbar anak2 buah.Jangan marah ye wafiq,shahir dan daiyan!!Tunggu acik balik.

0 comments: