CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, January 26, 2009

Relaks Jap


Tika ni saya di mansurah... bukan atas urusan rasmi,tetapi urusan peribadi.Membeli sedikit 'hagah'untuk di bawa pulang ke Malaysia.Bila teringat tentang 'hagah',saya tergelak kecil bila teringat 2 benda yang dipesan oleh ibu saya.Pertama air sungai nil dan kedua benih tanaman untuk ditanam di Malaysia.Ibu saya memang tidak boleh dipisahkan dengan tumbuh-tumbuhan.Dunia dia memang dengan alam sekitar.Apa benda yang tak ditanamnya,dari buah-buahan ,bunga hinggalah ke ulam-ulaman.Begitulah dunianya.Membesar dengan sawah bendang,kebun dan bukit.Tak hairanlah saya amat menggemari makanan kampung.Jantung Pisang rebus dengan Kuah Kerabu,Gulai Pisang Ikan Masin,Pucuk Paku,Sambal Petai.Free,berkhasiat dan selamat.Tiada bahan pengawet.

Ternyata lebih kurang sebulan setengah lagi saya akan menghirup udara bumi anbiya' ni.Terasa sedih untuk meninggalkan bumi ini.Tempat yang banyak mengajar saya erti sabar dan redha.Di sini saya kenal PMRAM,dari AJK biasa hingga menjadi pimpinan teratas.Di sini saya kenal erti perjuangan,Di sini saya kenal erti kejujuran.Di sini juga saya dapat merapatkan hubungan saya dengan saudara mara saya yang kurang rapat sebelum ni.Hubungan saya dengan saudara dari Mekah pun makin erat.Begitu juga dengan anak-anak P.Long dan P.Ngah.(dua pupu saya)

Rutin harian saya akan kembali sibuk awal febuari ini.Pertama saya mesti menyiapkan pengeditan etika pmram,kedua survey kutaib kat ma'rad,ketiga settelkan kerja2 unit.Bahang kesibukan akan kembali terasa.Masing-masing akan menyiapkan baki tugasan sebelum tirai muktamar dibuka dan kamiakan turun secara rasminya.Minggu depan saya akan ke Sinai buat kali kedua.Kali terakhir saya berehlah sebelum turun dari takhta,Muktamar tahun ni mencatat sejarah bila semua 30 orang BP dan HEWI hadir dalam muktamar.Cukup2.Ahli x boleh bising dah kenapa BP atau HEWI balik awal sebelum muktamar.Moga muktamar tahun ni dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.


InsyaAllah memori 4 tahun di sini saya akan kenang sampai bila-bila.

Monday, January 19, 2009

Angguk-angguk Geleng-geleng


Kelas Tadika

Ayah: Apsal BI adik asyik dapat kosong je?
Adik: Eh ayah!tu bukan kosong.Tadi cikgu adik dah bagi bintang banyak kat kawan2
lain.Ada dapat 5 bintang,4 bintang la.Bila turn adik je bintang dah abis.Sebab
tu cikgu bagi kat adik bulan.


Father : Why did you fail mathematics test?
Son : On Monday,teacher said 3+5=8
Father : So?
Son : On Tuesday,she said 4+4=8 and on Wednesday,she said 6+2=8.If she can't make
up her mind,how do I know the right answer?


Mother : Ain,come here!
Ain : Yes Mum
Mother : You really disappoint me.Your result are getting worse.
Ain : But,I will get my report book tomorrow!
Mother : I know that,But,I am going to Hong Kong tomorrow,so,I'm going to scolding
you now!

Melentur buluh biarlah dari rebungnya


Bertatih dari suatu masa
Berjalan jatuh bangun semula
Minum dan makan bersuap
Sehingga kau berdiri tegak
Penat dan lelah
Di ketepikannya
Di atas nama kasih insan bersaudara
Bahagia

Sedikit bait lagu yang saya ingat bila mengenangkan mengenangkan susah payah seorang ibu membesarkan anak-anaknya.Mungkin saya sedikit terkesan bila hampir 2 minggu jadi pengasuh tak bertauliah kepada bayi comel Wirdani Uzma anak pasangan Us Mumtaz dan K.Faezah.Hmm...bukan senang nak mengasuh anak.

Tetapi fitrah seorang ibu walaupun pelbagai karenah yang terpaksa dihadapi namun mereka tetap sabar membesar dan mendidik anak-anaknya dengan satu harapan agar anak-anak membesar menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Tanggungjawab ibu bapa amatlah besar dalam mencorak peribadi anak-anak.Mereka yang dilahirkan dalam keadaan suci mestilah di acu dengan acuan Al-Quran dan As-Sunnah dan hasilnya akan membentuk individu yang mukmin dan mukminah.
Berapa ramai anak-anak yang rosak akhlak akibat daripada kurangnya didikan agama .Benarlah bahawa madrasah yang pertama untuk anak-anak adalah bermula dari rumah.

Proses mendidik anak bukan bermula sebaik mereka melangkah ke alam persekolahan tetapi ia bermula sejak dari dalam kandungan lagi.Sebab itulah ibu dianjurkan membaca surah-surah pilihan semasa mengandung untuk melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah.Namun ia kurang dititikberatkan mutakhir ini menyebabkan anak-anak membesar dalam suasana yang kurang elok.

Sepatutnya anak-anak didedahkan dengan tarbiyah islamiyah sejak dari kecil.Dodoikon mereka dengan zikir dan ayat-ayat Al-Quran agar hati mereka dilimpahi nur hidayah dari Allah.Ajarilah mereka doa-doa supaya ia menjadi sebati dalam diri mereka dan mudah untuk mereka mengamalkan ajaran Islam dewasa kelak.Tiupkan roh semangat jhad dalam diri mereka agar mereka menjadi generasi yang akan mempertahankan ajaran Islam yang suci ini.

Rabbana hablana min ajwajina wazurriyatina qurrata a'yun waj'al lil muttaqina imama
Rabbana atina fiddunia hasanah wabil akhirati hasanah waqina azabannar....

Amin!!

P/S: Gmbr bayi diatas saya ciplak gmbar anak2 buah.Jangan marah ye wafiq,shahir dan daiyan!!Tunggu acik balik.

Saturday, January 17, 2009

Wakil PMRAM turut serta dalam misi bantuan ke Gaza


Timbalan Setiausaha Agung PMRAM (Us Hanafi Zulkapli)turut serta bersama Yayasan Amal Malaysia dalam misi bantuan ke Gaza.Bantuan tersebut adalah salah satu usaha PMRAM membantu umat Islam di Palestin.

Sebelum ni PMRAM di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah menubuhkan Projek Sumbangan Amal Palestin(PROSMA) dengan bertujuan untuk mengumpulkan dana yang akan disalurkan kepada Umat Islam di Palestin.Alhamdulillah PROSMA sudah 2 tahun ditubuhkan dan jumlah kutipan dianggarkan sebanyak 30 ribu lebih.

Selain itu PMRAM di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan telah menubuhkan minipavilion (Palestin With Love)bertujuan untuk memberikan maklumat tentang Palestin dan sejarahnya.Minipavilion mengadakan pameran berkaitan Palestin di setiap program-program PMRAM.Selain itu,maklumat terkini berkaitan Palestin boleh dilayari di minipavilion.blogspot.com.

Semoga usaha-usaha yang dilakukan oleh PMRAM ini dapat meringankan bebanan yang dideritai oleh saudara di Palestin.Moga ia mendapat kerahmatan dari Allah.

Wednesday, January 14, 2009

Apakah dia Qiraat?


Alhamdulillah selepas tidak sampai sebulan saya mengikuti kelas bacaan Al-Quran di Maahad Iqra',saya berjaya menamatkan bacaan Al-Quran 30 juzu' dan diijazahkan sanad bacaan Al-Quran dan mengajar oleh Syeikh Nabil mengikut riwayat Hafsh an Asim al-kuuffi.Syukran jazilan ila Syeikh Ahmad Hasan yang membimbing saya selama ini tak lupa juga buat Syeikh Ahmad Said,Syeikh Said dan Syeikh Sayazili yang sempat membimbing saya selama saya belajar di sana.

Mungkin di Malaysia penduduk akan pelik jika ada qari yang membaca (Waddhuha)dengan dibariskan bawah(Wadduhe).Tetapi di Mesir ini perkara itu biasa sahaja memandangkan ramainya penuntut-penuntut Maahad Qiraat di Shubro dan di Mansurah.Selain itu terdapat ramai Imam-imam akbar yang mempunyai takhassus dalam bidang Qiraat.

Sempat Syeikh Ahmad Said berjenaka dengan saya imta sataqraina bil qiraat warsy? Saya hanya tersenyum.Teringin juga nak belajar qiraat lain.Tetapi memikirkan fulus lagi.Lagipun dah nak terbang dah!Sebak saya mengaminkan doa yang dibaca oleh Syeikh Nabil ketika khatam Al-Quran dengan beliau.Moga-moga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit dengan para pembaca tentang ilmu Qiraat.
Secara ringkasnya makna al-qiraat dari segi bahasa ialah bacaan-bacaan.Mazhab-mazhab bacaan kalimah -kalimah Al-Quran yang dibawa oleh Imam-imam Qiraat yang mana setiap mazhab mempunyai perbezaan terhadap mazhab lain.

Sesungguhnya bacaan Al-Quran adalah berdasarkan riwayat.Maka setiap perawi mempunyai sanad yang sahih dan gurunya atau imamnya hinggalah sampai kepada Rasulullah s.a.w.Adapun imam-imam Qiraat ada 14,akan tetapi cuma 7 Imam sahaja yang pasti kesahihannya.

Setiap imam mempunyai 2 orang perawi.Maka jumlah perawi bagi 7 Imam ada 14.Kesemua bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh 14 orang perawi ini telah disepakati oleh ulama' sebagai mutawatirah.Mereka adalah seperti berikut:



Nafi' perawinya Qaalun dan Warsy
Ibn Kathir perawinya Al-Bazzi dan Qunbul
Abu Amr perawinya Ad-Duuri dan As-Suusi
Aashim perawinya Syu'bah dan Hafsh
Ibn Aamir perawinya Hisham dan Ibn Dzakwaan
Hamzah perawinya Khalaf dan Khallad
Al-Kisaa'ie perawinya Abul Haarith dan Ad-Duuri

Diantara contoh-contoh riwayat bacaan Imam-imam Qiraat yang mempunyai perbezaan:
ملك يوم الدين
Bacaan dengan huruf alif selepas huruf mim adalah bacaan yang diriwayatkan oleh perawi-perawi imam Ashim,dan Imam Al-Kisaaie iaitu Syu'bah,Hafsh,dan Ad-Durri.Manakala perawi-perawi yang selebihnya meriwayatkan bacaan tanpa huruf alif selepas huruf mim daripada Imam-imam mereka.

Para ulama' menetapkan 3 syarat bagi penerimaan satu-satu riwayat bacaan yang sahih iaitu:

1)Riwayat bacaan itu mestilah mempunyai sanad yang mutawaatir
2)Suatu bacaan itu mestilah tidak menyalahi tulisan salah satu mushaf daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani walaupun bersifat kemungkinan.
3)Bacaan itu tidak menyalahi salah satu wajah dari wajah-wajah bahasa Arab

Ketiga-tiga syarat itu mestilah ada pada suatu riwayat bacaan.Apabila tidak ada salah satu daripadanya,maka bacaan itu dikategorikan sebagai bacaan Syaadzah ya'ni ditolak.

Diantara hikmah terdapatnya perbezaan bacaan-bacaan Al-Quran ialah:
* Menjaga Al-Quran daripada perubahan,penambahan atau pengurangan yang dibuat oleh musuh-musuh Islam.
* Memudahkan umat Islam secara amnya bagi memilih mana-mana cara bacaan yang sesuai dengan lidahnya.
* Menjelaskan hukum syara'

Demikianlah serba sedikit pengenalan ilmu Qiraat.Sebagai pengetahuan umum,bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh Hafsh daripada Imamnya Al-Aashim merupakan riwayat bacaan yang paling masyhur di dunia.Terdapat qaul mengatakan 94% penduduk muslim di dunia membaca Al-Quran dengan riwayat Hafsh.

Sunday, January 11, 2009

Doaku untuk mu


Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh kami!
Kami berlindung dengannmu dari kejahatan mereka,
Kacau bilaukan kesatuan mereka,
Cerai-beraikan pakatan mereka,
Hantarkan anjing-anjing kamu keatas mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang penuh raksasa,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera ahzab,
Tewaskanlah mereka dan menangkan kami keatas mereka.

AllahummansurIslam wal muslimin,Allahummansur jihadal wal mujahidin!
Allahummansur mujahidin fi falestin,afhganistan wa fi kulli autonil islam.

Amin ! Amin! Ya Rabbal alamin.

Aku Cemburu Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka _