CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

Wakil PMRAM turut serta dalam misi bantuan ke Gaza


Timbalan Setiausaha Agung PMRAM (Us Hanafi Zulkapli)turut serta bersama Yayasan Amal Malaysia dalam misi bantuan ke Gaza.Bantuan tersebut adalah salah satu usaha PMRAM membantu umat Islam di Palestin.

Sebelum ni PMRAM di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan telah menubuhkan Projek Sumbangan Amal Palestin(PROSMA) dengan bertujuan untuk mengumpulkan dana yang akan disalurkan kepada Umat Islam di Palestin.Alhamdulillah PROSMA sudah 2 tahun ditubuhkan dan jumlah kutipan dianggarkan sebanyak 30 ribu lebih.

Selain itu PMRAM di bawah Badan Penerangan dan Penerbitan telah menubuhkan minipavilion (Palestin With Love)bertujuan untuk memberikan maklumat tentang Palestin dan sejarahnya.Minipavilion mengadakan pameran berkaitan Palestin di setiap program-program PMRAM.Selain itu,maklumat terkini berkaitan Palestin boleh dilayari di minipavilion.blogspot.com.

Semoga usaha-usaha yang dilakukan oleh PMRAM ini dapat meringankan bebanan yang dideritai oleh saudara di Palestin.Moga ia mendapat kerahmatan dari Allah.

Wednesday, January 14, 2009

Apakah dia Qiraat?


Alhamdulillah selepas tidak sampai sebulan saya mengikuti kelas bacaan Al-Quran di Maahad Iqra',saya berjaya menamatkan bacaan Al-Quran 30 juzu' dan diijazahkan sanad bacaan Al-Quran dan mengajar oleh Syeikh Nabil mengikut riwayat Hafsh an Asim al-kuuffi.Syukran jazilan ila Syeikh Ahmad Hasan yang membimbing saya selama ini tak lupa juga buat Syeikh Ahmad Said,Syeikh Said dan Syeikh Sayazili yang sempat membimbing saya selama saya belajar di sana.

Mungkin di Malaysia penduduk akan pelik jika ada qari yang membaca (Waddhuha)dengan dibariskan bawah(Wadduhe).Tetapi di Mesir ini perkara itu biasa sahaja memandangkan ramainya penuntut-penuntut Maahad Qiraat di Shubro dan di Mansurah.Selain itu terdapat ramai Imam-imam akbar yang mempunyai takhassus dalam bidang Qiraat.

Sempat Syeikh Ahmad Said berjenaka dengan saya imta sataqraina bil qiraat warsy? Saya hanya tersenyum.Teringin juga nak belajar qiraat lain.Tetapi memikirkan fulus lagi.Lagipun dah nak terbang dah!Sebak saya mengaminkan doa yang dibaca oleh Syeikh Nabil ketika khatam Al-Quran dengan beliau.Moga-moga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Di sini saya ingin berkongsi sedikit dengan para pembaca tentang ilmu Qiraat.
Secara ringkasnya makna al-qiraat dari segi bahasa ialah bacaan-bacaan.Mazhab-mazhab bacaan kalimah -kalimah Al-Quran yang dibawa oleh Imam-imam Qiraat yang mana setiap mazhab mempunyai perbezaan terhadap mazhab lain.

Sesungguhnya bacaan Al-Quran adalah berdasarkan riwayat.Maka setiap perawi mempunyai sanad yang sahih dan gurunya atau imamnya hinggalah sampai kepada Rasulullah s.a.w.Adapun imam-imam Qiraat ada 14,akan tetapi cuma 7 Imam sahaja yang pasti kesahihannya.

Setiap imam mempunyai 2 orang perawi.Maka jumlah perawi bagi 7 Imam ada 14.Kesemua bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh 14 orang perawi ini telah disepakati oleh ulama' sebagai mutawatirah.Mereka adalah seperti berikut:



Nafi' perawinya Qaalun dan Warsy
Ibn Kathir perawinya Al-Bazzi dan Qunbul
Abu Amr perawinya Ad-Duuri dan As-Suusi
Aashim perawinya Syu'bah dan Hafsh
Ibn Aamir perawinya Hisham dan Ibn Dzakwaan
Hamzah perawinya Khalaf dan Khallad
Al-Kisaa'ie perawinya Abul Haarith dan Ad-Duuri

Diantara contoh-contoh riwayat bacaan Imam-imam Qiraat yang mempunyai perbezaan:
ملك يوم الدين
Bacaan dengan huruf alif selepas huruf mim adalah bacaan yang diriwayatkan oleh perawi-perawi imam Ashim,dan Imam Al-Kisaaie iaitu Syu'bah,Hafsh,dan Ad-Durri.Manakala perawi-perawi yang selebihnya meriwayatkan bacaan tanpa huruf alif selepas huruf mim daripada Imam-imam mereka.

Para ulama' menetapkan 3 syarat bagi penerimaan satu-satu riwayat bacaan yang sahih iaitu:

1)Riwayat bacaan itu mestilah mempunyai sanad yang mutawaatir
2)Suatu bacaan itu mestilah tidak menyalahi tulisan salah satu mushaf daripada mushaf-mushaf Rasm Uthmani walaupun bersifat kemungkinan.
3)Bacaan itu tidak menyalahi salah satu wajah dari wajah-wajah bahasa Arab

Ketiga-tiga syarat itu mestilah ada pada suatu riwayat bacaan.Apabila tidak ada salah satu daripadanya,maka bacaan itu dikategorikan sebagai bacaan Syaadzah ya'ni ditolak.

Diantara hikmah terdapatnya perbezaan bacaan-bacaan Al-Quran ialah:
* Menjaga Al-Quran daripada perubahan,penambahan atau pengurangan yang dibuat oleh musuh-musuh Islam.
* Memudahkan umat Islam secara amnya bagi memilih mana-mana cara bacaan yang sesuai dengan lidahnya.
* Menjelaskan hukum syara'

Demikianlah serba sedikit pengenalan ilmu Qiraat.Sebagai pengetahuan umum,bacaan Al-Quran yang diriwayatkan oleh Hafsh daripada Imamnya Al-Aashim merupakan riwayat bacaan yang paling masyhur di dunia.Terdapat qaul mengatakan 94% penduduk muslim di dunia membaca Al-Quran dengan riwayat Hafsh.

Sunday, January 11, 2009

Doaku untuk mu


Ya Allah, kami letakkan kamu di batang leher musuh kami!
Kami berlindung dengannmu dari kejahatan mereka,
Kacau bilaukan kesatuan mereka,
Cerai-beraikan pakatan mereka,
Hantarkan anjing-anjing kamu keatas mereka,
Wahai tuhan yang gagah perkasa,
Wahai Tuhan yang penuh raksasa,
Wahai Tuhan yang bersifat murka,
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
Wahai Tuhan yang menurunkan Al-Quran,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera ahzab,
Tewaskanlah mereka dan menangkan kami keatas mereka.

AllahummansurIslam wal muslimin,Allahummansur jihadal wal mujahidin!
Allahummansur mujahidin fi falestin,afhganistan wa fi kulli autonil islam.

Amin ! Amin! Ya Rabbal alamin.

Aku Cemburu Mujahidin Palestin


Aku amat mencemburuimu Mujahidin Palestin
Kamu dipilih ALLAH mempertahan tanah suci
Kamu terpilih mempertahan masjid suci
Bau syurga dapat kau rasai
Kamu mati tapi sebenarnya kamu masih hidup
Mati syahid cita-cita tertinggi kamu

Apakan daya aku hanya mampu berdoa
Aku hanya mampu menghulurkan derma
Aku sekadar mampu memboikot

Jika kamu di ambang syurga
Doakan kami dapat bersamamu

Islam akan tetap terpelihara
ALLAH akan memelihara Islam dan Al-Quran
Tapi diri kita, kita sendiri yang menentukan
Baik atau buruk, syurga atau neraka _

Sambungan Kutaib

5)Ghoddu Basar

Penulis menasihatkan kepada semua penuntut muslim agar menundukkan pandangan kerana is merupakan tuntutan Islam.Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Katakanlah kepada orang-orang yang beriman tundukkanlah pandangan mereka"

Antara faedah-faedah menundukkan pandangan ialah menjauhkan dari fitnah dan
menjauhkan dari terjerumus kelembah zina.Pandangan merupakan salah satu anak panah dari anak panah syaitan.Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Wahai Ali! Janganlah kamu menuruti pandangan kedua dengan pandangan pertama.Sesungguhnya pandangan pertama untuk kamu tetapi bukan yang selebihnya.

6)Berdakwah kepada Allah

Kewajipan penuntut muslim adalah menjadi contoh yang terbaik kepada orang lain,peribadi mereka menjadi ikutan orang lain.Mereka mestilah memelihara waktu solat,melazimi perkara-perkara sunat dan berakhlak dengan akhlak Islam.Sesungguhnya kejayaan yang hakiki bukan semata-mata bergantung kepada usaha semata-mata tetapi bergantung juga kepada hubungan dengan Allah

7)Memilih sahabat yang baik

Pemilihan sahabat yang baik penting memandangkan sahabat kadang-kadang boleh mempengaruhi sahabat mereka sama ada pengaruh yang baik atau tidak.Sahabat yang baik akan mengajak sahbatnya melakukan perkara kebaikan manakala sahabat yang jahat akan mendorong sahabatnya melakukan kejahatan

Tuesday, December 30, 2008

Ringkasan Kutaib


InsyaAllah pada ruangan kali ini saya akan menghuraikan serba ringkas isi-isi penting yang terdapat dalam kutaib kecil bertajuk Suluk At Talibul Muslim (Akhlak Penuntut Islam) karangan Us Wajdi Ghanim.

Penulis menujukan karangan ini khas buat semua penuntut Islam di semua peringkat.
Antara sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang penuntut Islam ialah:

1)Niat ikhlas kerana Allah

Semua pelajar mestilah mengqasadkan niat menuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan untuk berkhidmat untuk Islam tidak kira dibidang mana ia ceburi baik bidang perubatan,agama mahupun kejuruteraan.Sebagai seorang muslim tidak ada yang lebih berharga dari mengabdikan seluruh jiwa raganya untuk Islam yang tercinta.

Firman Allah s.w.t dalam Surah At Taubah ayat 24:

Katakanlah" Jika bapa-bapa kamu ,anak-anak mu,isteri-isterimu,keluargamu,harta kekayaanmun yang kamu usahakan ,perdagangan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya,maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusannya dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

2)Keinginan untuk cemerlang

Tidak mencukupi bagi seseorang pelajar itu dengan hanya mengulangkaji pelajaran semata-mata tanpa ada keinginan untuk berjaya dengan cemerlang.Ini adalah kerana keinginan untuk cemerlang merupakan motivasi dalaman yang akan mendorong seseorang pelajar itu berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajarannya.Penulis menyatakan antara faktor-faktor kecemerlangan ialah menjaga waktu-waktu solat,melazimi perkara-perkara fardhu dan sunat serta menjaga akhlak.Penulis juga menasihatkan kepada semua pelajar agar meletakkan Al-Quran di atas buku-buku yang lain memandangkan kitab suci Al-Quran merupakan kitab yang paling tinggi dan mulia berbanding kitab-kitab yang lain.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 1-2:

Alif lam Mim.Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya

3) Menghormati Guru dan Jadual Belajar

Menghormati guru merupakan adab yang tinggi dalam Islam walaupun guru tersebut bukan beragama Islam.Ini adalah kerana guru merupakan pendidik dan pembimbing ke jalan yang baik.Penulis juga menasihati pelajar-pelajar agar berdisiplin dengan jadual belajar dan jadual waktu kelas atau kuliah.Bukan daripada adab seorang pelajar berdiri di luar kelas kerana lewat hadir ke sekolah atau ke universiti.

4)Menjaga amal ibadat

Penulis menyeru kepada semua pelajar agar menjaga amal ibadat seperti mereka menjaga nyawa mereka.Firman Allah taala yang bermaksud:

Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku

Ibadat ialah taat.Dituntut kepada semua pelajar untuk mentaati Allah dan Rasul serta kedua ibu bapa.

Sebuah hadis menyebut:
Telah datang seorang lelaki berjumpa dengan nabi dan berkata:" Wahai Rasulullah!Adakah kekal hal kebaikan seseorang kepada kedua ibu bapanya selepas kematian kedua ibu bapa tersebut?Rasulullah berkata:"Ya, solat keatas keduanya,istighfar,menunaikan janji mereka selepas kematian mereka,menyambung silaturrahim dan memuliakan sahabat handai mereka" (Sunan Abi Daud 5142,Kitab Adab Bab Berbuat baik kepada ibu bapa)

Rasulullah s.a.w menerangkan tentang cara untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa selepas kematian mereka iaitu:
1)Solat keatas keduanya iaitu solat jenazah
2)Istighfar keatas keduanya
3)Menyambung silaturrahim dengan kaum kerabat mereka
4)Memuliakan sahabt-sahabat mereka
5)Melaksankan janji merekajika mereka mewasiatkan sesuatu yang mengikut syariat Islam



Bersambung......

Sunday, November 30, 2008

Tugas Siapakah Itu?




Kisah ini adalah tentang 4 orang yang bernama
Semua,Seseorang,Sesiapa dan Tiada
Terdapat tugas mustahak untuk disempurnakan,
Semua diminta melakukannya.
Semua yakin dapat melakukannya.
Seseorang akan melakukannya,
Sesiapa mungin telah melakukannya
Tetapi tiada wang untuk melakukannya
Seseorang menjadi marah terhadapnya
kerana itu tugas Semua,
Semua menganggap Sesiapa dapat melakukannya,
Tiada yang menyedari bahawa Semua tidak mungkin dapat melakukannya
Perkara ini berakhir dengan Semua mencemuh Seseorang
apabila Tiada yang melakukannya apa yang Sesiapa mungkin telah lakukan.